FACULTY OF EDUCATION

Fakulti Pendidikan ditubuhkan pada 1963, dan pada awalnya dinamakan Sekolah Pendidikan Universiti Malaya. Sekolah Pendidikan Universiti Malaya dibentuk untuk menawarkan Diploma Pendidikan, satu program pasca ijazah, bagi siswazah yang memilih profesion perguruan. Sekolah Pendidikan berkembang dengan amat pesat dan dinaikkan taraf kepada status fakulti pada bulan Julai 1965. Program Sarjana Pendidikan telah ditawarkan untuk julung kalinya selepas dua tahun kemudian, diikuti dengan penawaran program Doktor Falsafah pada tahun 1969.

The Faculty of Education was founded in 1963, and was initially named the School of Education. The School of Education offered the postgraduate Diploma in Education to graduates who chose to enter the teaching profession. The school expanded rapidly and was upgraded to the status of faculty in July 1965. The Master of Education (M.Ed) programme was introduced for the first time two years later and this was followed by the Doctor of Philosophy (Ph.D) programme in 1969.

Sejak penubuhannya, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya telah berjaya melahirkan hampir 20,000 siswazah, iaitu lebih daripada 15,000 pemegang Diploma Pendidikan, lebih daripada 2,282 graduan Sarjana, dan kira-kira 3,500 dengan ijazah dasar pendidikan.

Since its establishment, the Faculty of Education has successfully trained almost 20,000 graduates. From among them, more than 15,000 have graduated with the Diploma in Education, more than 2,282 with a Masters degree and about 3,500 with a Bachelor in Education degree.

 

Nilai-Nilai Teras Universiti Malaya adalah:

Core Values of the University of Malaya are

 

Integriti

Integrity

Hormat

Respect

Kebebasan Akademik

Academic Freedom

Berfikiran Terbuka

Open-Mindedness

Kebertanggungjawaban

Accountability

Profesionalisme

Professionalism

Meritokrasi

Meritocracy

Semangat Kerja Berpasukan

Teamwork

Kreativiti

Creativity

Tanggungjawab Sosial

Social Responsibility

 

Untuk mencapai wawasan ini, Fakulti telah mengenal pasti objektif yang berikut.

To achieve this mission, the Faculty has identified the following general objectives:

 

  • Untuk menghasilkan guru yang cekap bagi sekolah dan institusi pendidikan lain.

    To produce competent teachers for schools and other educational institutions.

  • Untuk menghasilkan pakar dalam semua bidang pendidikan dan pembangunan manusia.

    To produce experts in all areas of education and human development.

  • Menjadi pusat pengajian pasca ijazah dan pembangunan manusia.

    To become a postgraduate centre in education and human development.

  • Menjadi pusat inovasi, penyelidikan asas dan aplikasinya dalam semua bidang pendidikan dan pembangunan manusia.

    To become a centre of innovation in basic and applied research in all areas of education and human development.

  • Menjadi pusat latihan dan perundingan dalam bidang pendidikan dan pembelajaran untukorganisasi dan institusi.

        To become the centre of training and consultation in the field of education for organizations and institutions

 

Fakulti Pendidikan menerima pakai peranan proaktif dalam usaha memenuhi era perubahan yang berterusan dalam bidang pendidikan. Ini termasuk penyemakan dan penelitian semula program dan kursus, penyemakan kurikulum dan instruksi untuk memasukkan, jika perlu, perubahan-perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan.

The Faculty is proactive in keeping pace with the ever-changing demands in the field of education. This includes the reappraisal of programmes and courses, curriculum revisions and departmental restructuring to accommodate new changes when necessary. 

Pada tahun 1970, pada dasarnya, struktur Fakulti Pendidikan adalah terdiri daripada lima bahagian yang berbeza. Bagaimanapun, oleh sebab perkembangan baru dan anjakan paradigma dalam sistem pendidikan, Fakulti Pendidikan telah melalui satu siri penstrukturan dan pembentukan semula organisasinya bagi membolehkan Fakulti ini memenuhi hasrat visi dan objektifnya. Pembentukan struktur organisasi terbaru Fakulti Pendidikan telah dilaksanakan pada tahun 2001 apabila jabatan-jabatan yang berikut ditubuhkan.

In 1970, the structure of the Faculty comprised five divisions. However, because of new developments and paradigm shifts in the educational system, the Faculty had a series of restructuring and reorganisation exercises to enable the Faculty to realise its vision and objectives. The latest organisational restructuring was carried out in 2001 resulting in the formation of the following departments.

• Jabatan Asas Pendidikan dan Kemanusiaan - Department of Educational Foundations and Humanities

• Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling - Department of Educational Psychology and Counselling

• Jabatan Pengurusan, Perancangan dan Dasar Pendidikan - Department of Educational Management, Planning and Policy

• Jabatan Pendidikan Bahasa dan Literasi - Department of Language and Literacy Education

• Jabatan Pendidikan Matematik dan Sains - Department of Mathematics and Science Education

• Jabatan Kurikulum dan Teknologi Pengajaran - Department of Curriculum and Instructional Technology

• Institut Kepimpinan Pendidikan - Institute of Educational Leadership - currently joined FoE

Di samping menawarkan kursus-kursus peringkat ijazah tinggi, sejak permulaan penubuhannya, Fakulti Pendidikan terlibat dalam beberapa program ijazah dasar. Salah satu daripada program ini ialah program Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan. Program ini dimulakan bersama dengan Fakulti Sains Universiti Malaya pada tahun 1975 bagi memenuhi permintaan yang tinggi untuk guru-guru sains dan matematik bagi peringkat sekolah menengah atas. Selain itu, program ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam juga telah diperkenalkan pada tahun 1982. Kursus ini ditawarkan dengan kerjasama Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya bagi menyediakan guru-guru untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah-sekolah menengah.

Besides offering courses at the postgraduate level since its inception, the Faculty also conducts undergraduate programmes. Among these programmes is the Bachelor of Science with Education (B.Sc.Ed.). The programme was initiated jointly with the Faculty of Science in 1975, to meet the great demand for science and mathematics teachers at the upper secondary level. Another programme is the Bachelor of Islamic Education (B. Islamic Ed.) which was introduced in 1982. This course is conducted jointly with the Academy of Islamic Studies, University of Malaya, to prepare teachers to teach Islamic Studies in schools.

Pada tahun 1980, Fakulti Pendidikan mula menawarkan program ijazah dasarnya sendiri, iaitu Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (PBISBK). Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Fakulti Bahasa dan Linguistik, dan Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Satu program ijazah dasar dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak ditawarkan buat pertama kalinya pada tahun 1998 dan diikuti dengan satu lagi program ijazah dasar yang membawa kepada penganugerahan ijazah Sarjana Muda Kaunseling in 1997.  Program Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Tamil) ditawarkan pada tahun 2000 dan pengambilan kumpulan pelajar terakhir bagi program tersebut ialah pada tahun 2004.  Pada tahun 2004, Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) Pendidikan Rendah telah ditawarkan.

In 1980, the Faculty started its own undergraduate programme the Bachelor of Education in the Teaching of English as a Second Language (B. Ed. TESL).  The programme is being run in collaboration with the Faculty of Languages and Linguistics and the Faculty of Arts and Social Sciences. Other degree programmes offered by the Faculty include the Bachelor of Early Childhood Education which commenced in 1998 followed by the Bachelor of Counselling in 1997. An undergraduate program in Early Childhood Education was offered for the first time in 1998 and followed with another undergraduate program leading to the Bachelor of Counselling. Bachelor of Education (Teaching of Tamil Language) was offered in 2000 with the last intake for the programme being in 2004. In 2004, the Bachelor of Education (Teaching English as a Second Language) Primary Education was offered. Besides the above programmes, the Faculty is also involved in joint programmes with other faculties. Other programmes are the Bachelor of Education (Teaching of Tamil) conducted jointly with the Faculty of Arts and Social Sciences and the Bachelor of Language and Linguistics with Education (Chinese) conducted jointly with the Faculty of Languages and Linguistics.

Peranan Fakulti Pendidikan tidak terhad kepada pendidikan guru sahaja. Setiap ahli Fakulti mempunyai kepakaran tersendiri dalam bidang pendidikan, dan kebanyakan ahli akademik di Fakulti ini berkhidmat sebagai penasihat atau pakar runding kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan berbagai-bagai organisasi. Setengah-setengah daripada mereka bertugas rapat dengan agensi-agensi antarabangsa termasuk Bank Dunia, UNESCO, UNICEF, IBRD, RECSAM, dan RELC. Semua staf Fakulti ini terlibat secara aktif  dalam penyelidikan, dan sejumlah besar kertas kerja dan artikel telah diterbitkan di kedua-dua peringkat, tempatan dan antarabangsa. Kebanyakan geran penyelidikan ditaja oleh Universiti Malaya atau agensi dalam dan luar negara.

The Faculty’s role is not limited to teacher education. Each Faculty member has his/her own area of expertise in a particular field of education and many serve as advisers or consultants to the Ministry of Education and various organisations. Some members of the Faculty work closely with overseas and international agencies including the World Bank, UNESCO, UNICEF, IBRD, RESCAM and RELC. All academic staff members are actively involved in research and numerous papers and articles have been published in both local and international journals. Research by faculty members is largely sponsored by grants from the University or agencies from within and outside the country.