Tajuk

 

[PQH] Diploma Pascasiswazah Pendidikan

Kandungan

 

Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan dikendalikan secara sepenuh masa dan keperluan kredit ialah 36 dengan tempoh pengajian sekurang-kurangnya satu (1) tahun. Tempoh maksimum adalah dua (2) tahun.

 

Sepanjang tempoh pengajian kaedah kursus yang digunakan adalah meliputi Kuliah, latihan makmal sains/kejuruteraan/komputeran, tugasan, pembentangan, pengajaran mikro dan juga latihan mengajar

 

Antara Pengkhususan Bidang yang ditawarkan adalah:

  • Kimia
  • Biologi
  • Matematik
  • Fizik
  • Kejuruteraan
  • Sains Komputer
  • Bahasa Malaysia
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Tahfiz
  • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
  • Teknologi Pengajaran

 

Matlamat Program

 

Untuk menghasilkan graduan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran Pedagogical Content Knowledge (PCK) serta mempunyai nilai integriti, kemahiran kepimpinan, tanggung jawab sosial dan profesionalisme, supaya dapat menghadapi persekitaran yang kompetitif dan mampu menyumbang kepada bidang pendidikan dan perguruan dalam pembangunan nasional dan global.

 

Selepas 5 tahun, graduan akan:

 

PEO1 mempamerkan pengetahuan baru seiring dengan perubahan

dalam kurikulum dan kaedah pengajaran.

PEO2 memperkenalkan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

 

PEO3 mengintegrasikan teknologi terkini dalam pengajaran dan

pembelajaran.

 

Peluang Pekerjaan

 

Setelah tamat pengajian, graduan Diploma Pascasiswazah Pendidikan bersedia memenuhi keperluan tenaga pengajar, khususnya di sekolah menengah atau institusi pendidikan peringkat pra-universiti sebagai guru atau pensyarah pra-universiti dalam pelbagai bidang ilmu, sama ada di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia atau di kolej swasta.

 

Struktur Pengajian

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Program ini adalah terdiri daripada tiga puluh enam (36) kredit. Struktur Pengajian yang disusun mengikut semester seperti dalam LAMPIRAN A.

 

Kerja Kursus

Kredit

Kursus Teras Pendidikan

15

Kursus Pengkhusususan Pertama

9

Kursus Pengkhusususan Kedua

6

Kursus Persediaan Professional

6

Jumlah Kredit

36

 

Syarat Kemasukan

 

 

  1. Syarat Minimum Kemasukan:

     

  1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengkhususan pertama (dengan sekurang-kurangnya CGPA 3.0),

     

    ATAU

     

  2. Ijazah Sarjana Muda (dengan sekurang-kurangnya CGPA 2.7); DAN

     

    1. Sekurang-kurangnya enam (6) bulan pengalaman bekerja dalam bidang pendidikan;

      ATAU

    2. Lulus ujian bertulis yang ditentukan oleh Fakulti Pendidikan

      ATAU

    3. Kelayakan lain yang diluluskan oleh Senat dari semasa ke semasa.

      ATAU

       

    4. Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diperakukan oleh Senat Universiti Malaya.

       

      1. Lulus temu duga yang ditetapkan oleh Fakulti Pendidikan

 

Syarat Bahasa Inggeris

 

Syarat Tambahan Pelajar Antarabangsa :

 

  1. Calon antarabangsa perlu mempunyai sekurang-kurangnya IELTS (International English Language Testing Services)(Academic) band 5.5 atau TOEFL (Test as a Foreign Language) skor 550 (Paper based)/TOEFL-CBT (Computer based) 213/TOEFL-Ibt (Internet based) 80 jika ijazah pertama diperolehi dari universiti yang Bahasa Inggeris bukan bahasa pengantar atau lulus kursus bahasa Inggeris yang ditetapkan oleh Universiti Malaya.

     

     

  2. Memenuhi keperluan syaratBahasa Malaysia sebelum penganugerahan ijazah.

 

Pengambilan

 

September (sekali setahun)

Yuran

 

RM 10,269.50