Laporan Ringkas Hari Terbuka Kaunseling Dan Psikologi 2015

Program Hari Terbuka Kaunseling dan Psikologi (HAKA) telah berlangsung pada 28 Mei 2015, iaitu pada hari Khamis di Auditorium Fakulti Pendidikan. Program ini telah dirasmikan oleh Dr. Abdul Jalil bin Hassan yang merupakan Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi, JPA, selaku wakil Pengarah. Secara keseluruhannya, program ini melibatkan peserta seramai 270 orang yang terdiri daripada mahasiswa daripada IPTA, IPTS, pelajar Universiti Malaya sendiri dan juga para pelajar daripada sekolah menengah yang berdekatan. Program ini telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan dari segi penyertaan peserta dan kerjasama penganjuran daripada pelbagai agensi seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Seksyen Kaunseling, Kerjaya dan OKU Universiti Malaya (SKKOKU), Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA), Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Universiti Malaya (AKRAB), Pusat Darah Negara dan lain-lain. Untuk pengetahuan, program HAKA ini bukan sahaja terdiri daripada slot ceramah, malah pada masa yang sama aktiviti menarik seperti derma darah, pameran, jualan turut berlangsung dan menjadikan program HAKA ini lebih meriah. Lebih istimewa lagi, program HAKA ini juga turut mempunyai penampilan istimewa daripada Datuk Haji Aznil bin Haji Nawawi sebagai salah seorang penceramah bagi program HAKA ini dalam slot “The Power of Voice” dan slot ini mendapat sambutan yang baik daripada mahasiswa. Diharapkan program HAKA ini dapat terus dijadikan sebagai program tahunan anjuran PERKUM dengan adanya aktiviti dan slot yang lebih meriah lagi.

1

2
3
4
5
6
7
8
Last Update: May 03, 2016