Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC)

Sukacita dimaklumkan bahawa pada 24 April 2015 Dr Zuraidah Abdullah, Pensyarah Kanan, daripada Jabatan Pengurusan, Perancangan dan Dasar Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya telah menjadi penerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di MAEPS, Serdang Selangor. Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri KPM telah menyampaikan Pingat Perkhidmatan Cemerlang dan Sijil Pingat Perkhidmatan Cemerlang kepada dua (2) orang warga KPM yang telah layak untuk menerima anugerah pada tahun ini.

Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) ini merupakan penghargaan Kerajaan kepada pegawai perkhidmatan awam yang telah memberi perkhidmatan cemerlang, di samping pengiktirafan terhadap perkhidmatan bermutu tinggi berdasarkan prestasi tahunan pegawai. Pekeliling Perkhidmatan Cemerlang Bilangan 13 Tahun 2012 telah menetapkan dasar dan kaedah pemberian anugerah kepada pegawai cemerlang sepanjang tahun penilaian iaitu memperoleh markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85% dan ke atas.

Penilaian adalah meliputi aspek kegiatan dan sumbangan pegawai dalam aktiviti dalam dan luar organisasi, program latihan, kepimpinan dan kualiti peribadi, di samping perakuan Ketua Jabatan. Anugerah ini merupakan salah satu medium penghargaan kepada warga KPM yang menepati syarat pemilihan dan juga untuk menggalakkan pegawai serta kakitangan di KPM terus berusaha dengan lebih gigih dalam apa jua bentuk tugas, tanggungjawab dan amanah yang diberikan.

1
2
3
4

Last Update: June 09, 2017