IKLAN KEMASUKAN KE PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN AMBILAN 2021/2022 (KEMASUKAN SEPTEMBER 2022)
Fakulti Pendidikan UM ingin mempelawa calon-calon yang memenuhi syarat kemasukan untuk memohon kemasukan ke program pengajian Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) ambilan 2021/2022 (kemasukan September 2022). Berikut adalah maklumat asas untuk pengambilan pelajar DPP:
Nama Program
|
: Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP)
|
Tahap Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF)
|
: Diploma Pascasiswazah: Tahap 7
|
Mod Penawaran
|
: Kerja Kursus
|
Kredit Bergraduat
|
: 36 jam kredit
|
Kaedah Pengajian
|
: Sepenuh Masa
|
Tempoh Minimum
|
: 1 tahun (2 semester)
|
Tempoh Maksimum
|
: 3 tahun (6 semester)
|
Syarat Kemasukan
|
: 1) Syarat Minimum Kemasukan:
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengkhususan pertama (dengan sekurang-kurangnya CGPA 3.0); ATAU
- Ijazah Sarjana Muda (dengan sekurang-kurangnya CGPA 2.7); DAN
- Sekurang-kurangnya enam (6) bulan pengalaman bekerja dalam bidang pendidikan; ATAU
- Lulus ujian bertulis yang ditentukan oleh Fakulti Pendidikan; ATAU
- Kelayakan lain yang diluluskan oleh Senat Universiti Malaya dari semasa ke semasa; ATAU
- Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diperakukan oleh Senat Universiti Malaya.
DAN
- Lulus Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) atau ujian psikometrik lain yang diperakukan oleh Fakulti Pendidikan dan temuduga yang ditetapkan oleh Fakulti Pendidikan.
- Bagi pengkhususan Pendidikan Tahfiz, calon yang memiliki kelayakan tahfiz pada peringkat sijil/diploma berserta ijazah pertama yang bersesuaian atau ijazah pertama dalam pengkhususan yang berkaitan, boleh dipertimbangkan.
- Bagi pengkhususan PBISBK, calon perlu membuktikan tahap kecekapan Bahasa Inggeris melalui MUET dengan skor sekurang-kurangnya Band 4.0; atau IELTS (International English Language Testing Services) (Academic) dengan skor sekurang-kurangnya Band 6; atau TOEFL (Test of English as a Foreign Language) dengan skor sekurang-kurangnya 550 (PBT), 213 (CBT) dan 80 (IBT) atau kelayakan Bahasa Inggeris lain yang diperakukan oleh Senat Universiti Malaya dari semasa ke semasa.
(2) Syarat Tambahan Pelajar Antarabangsa:
- Calon antarabangsa perlu mempunyai sekurang-kurangnya IELTS (International English Language Testing Services) (Academic) band 5.5 atau TOEFL (Test as a Foreign Language) skor 550 (Paper based)/ TOEFL-CBT (Computer based) 213/TOEFL- IBT (Internet based) 80 jika ijazah pertama diperolehi dari universiti yang Bahasa Inggeris bukan bahasa pengantar atau lulus kursus Bahasa Inggeris yang ditetapkan oleh Universiti Malaya.
- Memenuhi keperluan syarat Bahasa Malaysia sebelum penganugerahan ijazah.
(3) Pelajar OKU:
Untuk calon yang berkeperluan khas, selain syarat yang dinyatakan, permohonan calon boleh dipertimbangkan tertakluk kepada tahap keperluan khas dan ketidakupayaan, serta kesesuaian dengan keperluan/pengkhususan program.
|
Bidang Pengkhususan
|
- Pendidikan Sejarah
- Pendidikan Bahasa Cina
- Pendidikan Bahasa Melayu
- Pendidikan Jasmani & Kesihatan
- Pendidikan Matematik
- Pendidikan Tahfiz
- Pendidikan Kejuruteraan
- Pendidikan Islam
- Pendidikan Sains Komputer
- Pendidikan Fizik*
- Pendidikan Biologi*
- Pendidikan Kimia*
- TESL
*Jadual waktu fleksibel KECUALI bagi bidang pengkhususan ini
|
Yuran Pengajian
|
: https://study.um.edu.my/programmes.php?act=4#senarai
|
Tarikh Tutup Permohonan
|
: 15 April 2022
|
Capaian sistem permohonan
|
: http://apply.um.edu.my
|
Sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi:
Urusetia
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan
Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya
Emel : dppum@um.edu.my
Telefon : 03 – 7967 5103 (Puan Eita)